Wednesday, April 29, 2009

Karpal Singh didakwa hina Sultan Azlan


KUALA LUMPUR, March 17 -Pengerusi DAP, Karpal Singh telah didakwa pagi ini dengan hasutan kerana mengatakan pemecatan Datuk Seri Nizar Jamaluddin’s sebagai Menteri Besar Perak oleh Sultan Azlan Shah boleh dipertikaikan di mahkamah.

Peguam-politikus veteran tersebut didakwa di Mahkamah Sesyen oleh Hakim Mohamad Sekeri Mamat dibawah Section 4(1)(b) of the Sedition Act 1946.

Seawal sebelum pendakwaan, Karpal memberitahu kepada kalangan pemberita bahawa dakwaan tersebut “obviously politically motivated” (terang-terangan bermotifkan politik)’.


Beliau juga mengkritik Akta Hasutan yang digelarnya akta kuno/ketinggalan zaman, yang mana menghalang para ahli parlimen menyuarakan pendapat.

Karpal juga menegaskan bahawa komen beliau berkenaan masalah Perlembagaan Perak adalah krisis asas yang diajar di sekolah undang-undang.

“Bukannya saya ingin menyaman Sultan. Saya tidak mempunyai kuasa itu.Tetapi Sultan boleh disaman dalam kapasiti peribadi.”

Pengerusi DAP itu juga berkata beliau tidak bimbang mengenai dakwaan tersebut kerana telah pernah didakwa atas perkara sama dan dibebaskan.

Karpal mewakili dirinya sendiri di mahkamah.

dipetik/alihbahasa dari malaysiainsider

PRDM guna 25 buah EVO X



KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam menampilkan sebanyak 25 buah kereta peronda berprestasi tinggi jenis Mitsubishi Evolution X (Evo-10) yang bakal digunakan oleh anggota polis dalam usaha mempertingkatkan keupayaan tugas-tugas rondaan.



Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, kereta baru itu bertujuan untuk mempertingkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan yang lebih berkualiti serta membolehkan pasukan polis sampai ke kawasan kejadian jenayah dengan lebih pantas.

“Pemerolehan aset-aset ini bertujuan untuk kegunaan pencegahan dan pembanterasan jenayah, penyeludupan dan risikan maklumat.

“Selain itu, ia juga bertujuan mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan yang lebih berkualiti kepada masyarakat serta menunjukkan kehadiran polis di kawasan yang cenderung berlaku kejadian jenayah,” katanya dalam Perutusan Khas Ketua Polis Negara sempena sambutan Peringatan Hari Polis ke-202 di sini semalam.

Kereta peronda berkuasa tinggi yang baru dilancarkan itu dilengkapi dengan enjin serba baru iaitu enjin aluminium 4B11T 2.0 L turbo dengan transmisi manual lima kelajuan

petikan dari kosmo online...
motosikal peronda baru jenis Honda ST 1300.

Haram duit hasil ‘lakonan pondan’!...

KUALA LUMPUR: “Matlamat tidak boleh menghalalkan cara. Apabila ia haram, ia tetap tidak boleh dilakukan walaupun dengan alasan untuk kebaikan,” kata Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut, mengenai semakin ramai pengarah serta penerbit filem dan drama berlumba-lumba menghasilkan filem homoseksual berkisar kehidupan pondan dan lesbian.
Noh berkata, dalam Islam, hukum itu jelas menyebut setiap lelaki tidak boleh menyerupai perempuan serta sebaliknya perempuan tidak boleh menyerupai lelaki berikutan hukumnya haram serta dilaknat Allah.
Justeru katanya, setiap perbuatan, perlakuan yang menyerupai mana-mana sifat yang bertentangan dengan kejadian asal ciptaan Tuhan tidak boleh di pertonton serta ditunjukkan kepada umum.
“Jika mereka ingin menyampaikan mesej yang baik, banyak lagi cara boleh dilakukan, bukan dengan melanggar hukum Allah.
“Dalam Islam sendiri sudah jelas jika perkara itu haram, maka ia tidak boleh dilakukan dan tetap berdosa walaupun dengan alasan untuk kebaikan.
“Ini boleh kita umpamakan dengan watak Robin Hood yang mencuri untuk disedekahkan kepada orang susah sedangkan perbuatan itu memang salah dan berdosa. Jadi segala hasil yang diperoleh adalah haram,” katanya.
Menurutnya, semua pihak harus memainkan peranan mengenai perkara ini kerana jika dibiar berterusan, ia boleh menggalakkan orang ramai khususnya remaja berjiwa lembut terjerumus dalam kancah golongan pondan.
Katanya, pihak penerbit, pengarah, pelakon serta penapis filem perlu mempunyai pengetahuan agama berkaitan perkara membabitkan hukum Islam kerana jika ia tidak dibendung akan menyebabkan permasalahan sosial semakin berleluasa.
“Orang ramai terutama yang beragama Islam harus tahu serta mempunyai pegangan agama mengenai perkara ini kerana jika ia dilakukan untuk mengaut keuntungan, pendapatan yang diperoleh itu adalah haram.
“Semua pihak termasuk ibu bapa harus mencegah perkara ini kerana jika ia tidak dibendung, ia mungkin menggalakkan ramai lagi remaja terjerumus ke kancah itu,” katanya.
Harian Metro, Isnin lalu melaporkan mengenai drama ‘Donut’ karya terbaru produksi milik pelakon, pengarah serta penerbit, Sheila Rusly yang menampilkan kisah homoseksual dengan pelakon utamanya memegang watak pondan lengkap berpakaian wanita.
Drama yang bakal di tayang menerusi slot Astro Ria, menampilkan pelakon Norman Hakim, sebagai Zee menjalinkan hubungan cinta dengan seorang lagi watak utama, Shakir lakonan Fizz Fairuz.
Selain itu, drama Mabuk Estrogen yang turut menampilkan Fizz Fairuz dan Roslan Shah juga bakal menimbulkan kontroversi kerana didakwa menampilkan adegan ‘bercium’ antara dua pelakon lelaki utamanya itu.

petikan metro online

Foto Terbaru Proton MPV Exora


Foto terbaru Proton MPV Exora.Ianya akan dilancarkan pada 15 April 2009. MPV dari syarikat PROTON ini akan bersaing dengan model mpv dari syarikat Naza (Citra), Nissan (Grand Livina), Toyota (Avanza) dan juga model terbaru bakal dikeluarkan oleh Perodua.

Gossip Bolasepak English Premier League [Monday, March 30, 2009]


Real Madrid sedang mengumpul wang sebanyak £100j untuk tandatangan pemain Manchester United,Cristiano Ronaldo

Pemain tengah Arsenal Cesc Fabregas ragu dengan masa depannya bersama Gunners, tidak menolak masa depannya bersama Barcelona atau Real Madrid

Gunners mula dikhabarkan akan membuka pintu keluar Fabregas dari kelab London itu kerana dipercayai pemain Sepanyol itu lebih mementingkan diri daripada kelab

Manakala pengurus Gunners, Arsene Wenger menjadikan pemain Everton,Joleon Lescott sebagai pilihan utama beliau di musim akan datang

Liverpool akan mencuba nasib memikat semula pemain Aston Villa,Gareth Barry dengan tawaran £8j untuk pemain tengah berkaliber itu.

Middlesbrough akan melepaskan Stewart Downing sekiranya mereka terkeluar dari Premier League dengan Tottenham dan Liverpool sedang menanti bersama tawaran sebanyak £15j untuk pemain England itu


mantan pengurus Chelsea, Joe Mourinho mengatakan bahawa beliau menyesal tidak meninggalkan Stamford Bridge club lebih awal, dan mengakui itulah kesilapan terbesar beliau sejak menjadi jurulatih.

Biodata Diana Danielle Beeson [artis disukai ramai]


Nama Penuh : Diana Danielle Danny Beeson
Tempat Lahir : Houston, Texas membesar di Kuala Lumpur
Tarikh Lahir : 22 November 1991
Mix : American-Malay
Drama : Sembilu Kasih, Janji Diana, Takbir Terakhir, Cinta Rembulan dan Mentari, Air Mata Maria, Gol dan Gincu The Series, Rahsia Di Sebalik Wajah, Farah Syakira
Filem : Malaikat Maut, Evolusi KL Drift, Bohsia, Setem(Belum Tayang)
Email : dianadanielle91@yahoo.com

Awie: Difitnah Ketua Kumpulan Naga [December 14, 2008]

Siapa yang tidak kenal Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, 40, iaitu seorang pelakon dan penyanyi kumpulan Wings. Baru-baru ini dia telah difitnah sebagai Ketua Samseng Kumpulan Naga oleh pihak tertentu dan dia menafikannya.
[“JANGAN fitnah saya begini, saya bukan orang tepi jalan. Saya dah okey. Saya memilih menyertai Pekida untuk mengajar saya menjadi penyabar.
“Di bawah majlis saya, saya dilantik sebagai ayahanda pengerusi di Ukay Perdana.
“Apa yang kita lakukan, kita menjaga kebajikan jemaah, daripada
segi silaturahim, ekonomi dan kebajikan,” katanya ketika ditemui.]
Mungkin ramai yang tidak menyangka bahawa Awie yang sering berlakon dalam filem menjadi pondan ini adalah Ayahanda. Cayalah Awie, bimbing anak melayu ke jalan betul. Yeah!

p/s : Kepada orang yang tidak tahu cerita dan suka-suka memfitnah Awie. Bawa-bawalah taubat, sebab memfitnah dosanya lagi besar dari membunuh.

Datuk Siti Nurhaliza Tarudin pertahan trofi Penyanyi Wanita Paling Popular

UNTUK mengekalkan kedudukan sebagai penyanyi wanita disukai ramai bukanlah mudah. Paling tidak, setiap kali album dikeluarkan, perlu ada lagu yang benar-benar memikat hati peminat atau pendengar. Tidak cukup dengan itu, imej dan pekerti yang baik harus juga dipertahankan. Selebihnya, mungkin faktor nasib memainkan peranan. Sekurang-kurangnya itulah kata kebanyakan artis yang sudah lama memakan garam.Bagaimanapun, wanita jelita dari Kuala Lipis ini sudah membuktikan, dia mampu melakukannya selama lebih sedekad iaitu sejak 1996. Malah sejak tahun itu sehingga hari ini, belum ada penyanyi wanita yang mampu menggugat kedudukan istimewanya dalam dunia seni. Ramai juga penyanyi wanita lain yang dikatakan bakal menjadi pengganti, tetapi wanita bernama Datuk Siti Nurhaliza Tarudin ini kekal berkuasa di persada seni.Bukan di kalangan penyanyi wanita saja namanya dijulang, bahkan penyanyi ini pernah menguasai kedua-dua dunia lelaki dan wanita buat beberapa lama sehingga kehadiran bintang Akademi Fantasia, Mawi. Sejak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 1996 sehingga ABPBH 2001, Siti menjulang trofi Bintang Popular sebanyak lima kali. Dia sekali lagi merampas kedudukan itu daripada Rosyam Nor (ABPBH 2002) dan Saiful Apek (ABPBH 2003) pada ABPBH 2004.Tentunya pencapaian yang bukan kecil untuk seseorang artis mengungguli takhta Bintang Paling Popular sebanyak enam kali. Sehingga kini, dalam sejarah 21 kali penganjuran ABPBH, hanya wanita bersuara lunak ini yang berupaya melakukannya.Bukan sekadar itu saja, kerana beliau turut mencipta sejarah tersendiri apabila menjulang trofi Penyanyi Wanita Paling Popular selama 11 tahun berturut-turut. Sejak ABPBH 1996, dia belum pernah melepaskan trofi itu ke tangan penyanyi wanita lain.Tahun ini, mampukah penyanyi yang baru saja muncul dengan album Lentera Timur itu mengekalkan anugerah yang sama apabila pencabar baru seperti Stacy, Mila dan Elyana turut bersaing?Siti sendiri, seperti tahun-tahun sebelumnya, tidak pernah meletakkan harapan yang menggunung setiap kali namanya dicalonkan ke peringkat akhir anugerah itu, yang menyerahkan kuasa ke tangan peminat sepenuhnya."Menerusi ABPBH, peminat diberi peluang sepenuhnya untuk memilih artis popular kesukaan mereka. Begitupun, peminat hari ini amat bijak kerana mereka tidak memilih begitu saja."Apa saja pilihan dilakukan, ia berteraskan hasil kerja kita sepanjang tahun berkenaan.Lalu, sebagai penyanyi bertanggungjawab, kita harus sentiasa ada keinginan untuk terus memantapkan kerjaya, bukan hanya untuk peminat malah untuk kebaikan industri seni itu," ujar Siti.Siti tidak lupa untuk berterima kasih kepada peminat yang nyata tidak henti-henti menghulurkan sokongan padu kepada dirinya, dalam apa juga situasi yang dihadapi."Peminat tidak perlu risau seandainya rezeki tidak menyebelahi Siti pada kali ini. Perkara paling penting ialah Siti akan terus memberikan sumbangan dalam dunia seni," kata penyanyi Di Taman Teman ini.Pada acara kemuncak ABPBH 2008 yang akan berlangsung di Arena of Stars Genting Highlands, Ahad ini, tentunya Siti akan menaiki pentas utama di hadapan ribuan peminat yang dijangka memenuhi arena. Untuk mengatakan dia menaiki pentas menerima trofi, pasti masih terlalu awal. Yang pasti, Siti akan berada di atas pentas untuk menghiburkan penonton dengan persembahannya.Selain Siti, bakal menggegarkan Arena of Stars dengan persembahan mereka ialah Anita Sarawak, Jamal Abdillah, Faizal Tahir, kumpulan Kristal, Hujan, Aizat, Siti Sarah, Stacy, Farah Asyikin, Diddy, Ayu Damit, L Ramlee, Datuk Jeffrydin dan Datuk A Rahman Hassan.

Bertuahnya buat baju untuk Siti

ABPBH 2008 adalah tahun ketiga bagi dua rakan ini, Rizman dan Ruzaini bekerjasama dengan penyanyi wanita popular, Siti Nurhaliza. Kali pertama mereka pada acara Anugerah Industri Muzik dua tahun lalu.Ketika itu, Rizman Ruzaini masih menuntut di tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Fesyen, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam."Ini adalah kali pertama kami berpeluang mereka baju buat Datuk Siti Nurhaliza untuk ABPBH. Impian itu sudah lama tersimpan dan akhirnya hasrat kami dimakbulkan juga," katanya.Menurutnya, walaupun memiliki nama besar, bekerjasama dengan penyanyi itu sebenarnya cukup mudah."Kelebihan Siti ialah sikapnya yang tidak cerewet membuatkan kami berasa selesa. Dia seorang yang senang menerima pendapat pereka tetapi jika ada idea sendiri, Siti akan beritahu."Cuma tahun ini kami terpaksa membuat ukuran baru kerana tubuh Siti sangat kurus," kata Rizman yang memilih rekaan klasik Inggeris, namun turut diselitkan elemen tradisional.Sempena ABPBH 2008 yang bertemakan Sentuhan Tenun, Rizman memilih fabrik sifon yang digabungkan bersama songket daripada Wan Manang.Sementara itu, fabrik rona lavender menjadi pilihan untuk Siti Nurhaliza kerana kelembutan warna itu yang jarang menjadi pilihan selebriti untuk ke acara anugerah.Menurut Rizman, bagi mengangkat khazanah songket yang menjadi warisan budaya masyarakat Melayu, fabrik berkenaan akan digunakan pada bahagian atas baju.Oleh kerana Siti memiliki potongan badan wanita Melayu biasa, rekaan tidak boleh keterlaluan supaya gaya Siti tidak kelihatan pelik pada majlis itu nanti.Sementara itu, bagi rekaan untuk adik penyanyi tersohor itu, Rizman memilih gaun petang daripada warna biru firus. Sentuhan tenun pula direalisasikan pada bahagian pinggang gaun berkenaan.

Undi Mawi merosot teruk, empat artis menang tipis

SEJURUS selepas pengacara mengumumkan nama Nabil sebagai pemenang gelaran Bintang Paling Popular 2008, sorakan yang diberikan penonton dalam Arena Of Stars, Genting Highlands, pada malam Ahad lalu, begitu bergempita kerana ramai yang memang mahukan pelawak muda dari Seremban itu menang.

Dan memang pun ramai yang sudah mengagak Nabil mampu merampas gelaran itu daripada Mawi. Biarpun kemunculan Nabil dalam industri hiburan baru saja genap setahun sebulan, tetapi namanya cukup laris dan menjadi rebutan produser dan stesen untuk menjual aksi komedi serta jenakanya sama ada dalam program TV berupa game show, sitkom mahupun untuk muncul dalam filem cereka, selain dalam pertunjukan pentas dan persembahan makan malam agensi kerajaan mahupun korporat.

Dalam keadaan yang ramai menjangkakan Nabil mampu menang itu, ia cukup dirasai apabila Nabil yang sebelumnya pada majlis itu menang kategori Artis Baru Lelaki Popular, sorakan terhadap kemenangannya begitu kuat dalam arena berkenaan, kemudian apabila Nabil selagi lagi menang menerusi Artis Komedi Lelaki Popular, sorakan bertambah riuh. Malah, ketika senarai nama calon finalis diumumkan, sampai saja pada nama dan visual Nabil, penonton memberikan sorakan lebih kuat berbanding calon lain.

Nabil menang anugerah tertinggi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 itu bukan kerana memiliki aura macam Mawi yang pernah menang tiga kali termasuk pada ABPBH musim lalu, juga bukan kerana Nabil mempunyai vokal sedap dan lagu hebat macam Datuk Siti Nurhaliza yang pernah menang lima kali gelaran itu. Kemenangan Nabil kerana bakat lawak jenakanya yang cukup menyerlah dan dia boleh diibaratkan jelmaan Saiful Apek yang pernah muncul sebagai pelawak pertama menang Bintang Paling Popular, iaitu pada ABPBH 2003.

Agak menarik untuk dibincangkan mengenai keputusan pemenang gelaran tertinggi itu kerana maklum balas mendapati ramai suka Nabil menang kerana akhirnya beliau dapat merobohkan tembok kukuh yang selama ini dimonopoli Mawi dan ramai memang mahu melihat siapa artis yang boleh menewaskan Mawi. Akhirnya muncul Nabil, juara Raja Lawak Astro musim kedua. Bakatnya itu menyerlah kerana hasil daripada program realiti TV seperti mana Mawi yang menang Bintang Paling Popular kali pertama pada ABPBH 2005 selepas auranya mencetuskan fenomena dalam Akademi Fantasia musim ketiga (AF3).

Dalam sisi lain sebelum keputusan diumumkan, sebenarnya ramai juga yang was-was sama ada antara Nabil, Mawi dan Siti Nurhaliza masing-masing ada peluang untuk menang Bintang Paling Popular 2008. Sebenarnya juga ramai yang masih berasakan Mawi mampu lagi merangkul gelaran itu musim ini berikutan kisah mengenai peribadinya cukup panas sepanjang tahun lalu apatah lagi menjelang hujung tahun lalu dia mendirikan rumah tangga dan acara pernikahan, persandingan dan resepsi dirayakan secara besar-besaran hingga dibuat siaran langsung menerusi Astro.

Malah, Mawi masih ada aura dan dia juga masih laris dalam persembahan. Namun, Mawi tidak lagi selaris dulu dan auranya memang jelas merosot. Namun, keupayaan Mawi mengekalkan gelaran Penyanyi Lelaki Popular untuk kali keempat berturut-turut adalah satu pencapaian yang cukup baik kerana belum ada dalam rekod ABPBH, ada penyanyi mampu bertahan dengan rekod itu.

Kemerosotan Mawi dari segi populariti mungkin kerana aura pada dirinya kurang lagi menyerlah, Betul kata orang, aura selalunya tak akan bertahan lama. Aura itu ibarat seri sebab seri seseorang itu akan cepat luntur jika tidak dipelihara dan diperbaikid dari semasa ke semasa. Malah ada yang berseloroh, dulu Mawi menang juga disebabkan aura sebagai lelaki bujang tetapi sekarang aura dah tak ada kerana statusnya kini sebagai suami orang!

Dari segi lain, berdasarkan kualiti kerjaya seni, inilah kesan yang berlaku terhadap Mawi kerana aura dimilikinya sejak AF3 tidak mampu bertahan lama dan tidak nampak dia berusaha untuk menjadi penyanyi yang lebih baik, tiada ada lagi lagu baru yang sedap dan menarik perhatian ramai pendengar, mahupun dia mampu membuat transformasi pada persembahan, karisma dan kredibiliti sebagai seorang penghibur. Kemerosotan Mawi sudah dirasakan kerana biarpun memang Bintang Paling Popular pada ABPBH 2006 dan 2007 tetapi undinya semakin merosot.

Diteliti pada jumlah undi yang diterima Mawi pada ABPBH 2008, Mawi kalah kepada Nabil dengan majoriti yang besar. Bayangkan Nabil meraih sebanyak 127,524 undi, manakala Mawi cuma memperoleh 55,080 undi, diikuti tempat ketiga terbanyak ialah Datuk Siti Nurhaliza yang mendapat 29,676 undi. Tempat keempat ialah Aznil Nawawi dengan 18,864 undi dan kelima, kumpulan Meet Uncle Hussain menerusi 11,784 undi. Tempat keenam dan ketujuh masing-masing berpihak pada Rosyam Nor dan Saiful Apek.

Meneliti jumlah undian itu, ia bererti Mawi hilang banyak undi kali ini berbanding pada ABPBH musim lalu, dia meraih lebih 119,000 undi. Namun, bagi kemenangan Penyanyi Lelaki Popular, undi yang diperoleh Mawi begitu selesa biarpun mendapat saingan sengit daripada Aizat.

Jika dianalisis jumlah undian yang diterima bagi semua 16 kategori lain ABPBH 2008, didapati pemenang musim ini seimbang antara muka lama dan muka baru. Namun, berdasarkan pola undian, ada empat kategori yang pemenangnya meraih kejayaan menerusi majoriti tipis iaitu bagi kategori Pelakon Filem Lelaki Popular yang disandang Que Haidar setelah mengetepikan Rosyam, begitu juga Pelakon Filem Wanita Popular, Maya Karin, yang bernasib baik kerana undinya meningkat pada minggu terakhir kiraan sekali gus dapat meninggalkan Liyana Jasmay.

Dua lagi artis yang turut menang tipis ialah Norkhiriah menerusi Artis Komedi Wanita Popular selepas berjaya memintas undian Kenchana Dewi, manakala Dynas juga bernasib baik kerana berjaya mendapat lebih undi untuk menang Pelakon TV Wanita Popular dengan mengetepikan saingan terdekatnya, Rita Rudaini. Pemenang kategori lain jelas mendapat undi cukup selesa sejak pengiraan undian di peringkat mula lagi. Syabas buat semua pemenang!

Kata orang, di mana periuk pecah, di situlah tembikar tinggal...

Monday, April 27, 2009

NABIL RL2 Bintang Paling Popular 2008

Nabil mengaku silap dan tindakan itu dibuat secara spontan

TINDAKAN spontan Nabil memeluk buah hatinya, Irma Hasmie tatkala namanya diumum Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008, Ahad lalu, menjadi isu yang hangat dipersoalkan peminatnya.Tidak sampai beberapa saat menjulang kejayaan, Nabil hampir mencalarkan nama baiknya sendiri. Ada yang tidak kisah dengan tindakannya itu, namun ramai juga yang tidak gemar dengan gelagat spontan yang bagi mereka melanggar batas agama.Akibat kontroversi kecil itu, awal pagi Isnin lalu telefon bimbit anak muda berusia 26 tahun ini tidak henti-henti dihujani panggilan telefon daripada media yang mahukan penjelasan mengenai tindakan yang disifatkan tuan punya badan sebagai aksi spontan kerana terlalu gembira dek kemenangan besar yang tidak disangka-sangkanya itu.Bintang Paling Popular yang turut menerima anugerah Artis Baru Lelaki Popular dan Artis Komedi Lelaki Popular itu berkata, perkara itu berlaku dengan tidak sengaja. Namun, dia tidak pernah menyesal dengan tindakannya itu.“Saya peluk semua yang ada berhampiran saya. Ia berlaku secara spontan kerana saya terlalu terkejut dan gembira dengan kemenangan besar pada malam itu. Saya harap isu ini tidak diperbesarkan lagi kerana saya memeluk Irma ibaratnya tidak sampai satu kerlipan mata pun.“Saya minta maaf kepada peminat jika mereka merasakan tindakan itu sebagai keterlaluan pada pandangan mereka. Tindakan itu berlaku secara spontan kerana orang yang saya peluk adalah orang yang saya sayang. “Saya tidak menyesal memeluk dia kerana Irma tempat saya mengadu dan berkongsi pelbagai perkara suka dan duka“Cuma apa yang membuat saya tertanya, kenapa isu itu hendak diperbesar-besarkan. Bagaimana pula dengan pelakon yang melakonkan adegan berpelukan? Namun, saya mengaku kesilapan saya dan berjanji untuk tidak mengulanginya lagi,” kata Nabil berkali-kali memohon kemaafan daripada peminat.

"Sudah peluk, kenalah kahwin cepat"

KATA Nabil, bukan saja peminat yang terkejut dengan keterlanjurannya memeluk Irma, tetapi juga keluarganya. Malah teguran pertama yang diterima adalah daripada ibunya sendiri ketika dia menelefon keluarga untuk berkongsi kegembiraan. Bagaimanapun, kata Nabil, ibunya seorang yang terbuka dan menegur sikapnya itu dengan cara berlawak.“Mak adalah orang pertama yang menegur tindakan saya itu. Dia kata, dah peluk anak dara orang kenalah kahwin cepat-cepat. Keluarga tahu hubungan kami dan mereka merestui.“Saya sedar saya sudah menyinggung hati banyak pihak, terutama peminat yang seusia dengan ibu saya. Saya benar-benar memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perkara itu lagi. Peminat yang berusia mungkin tidak dapat menerima adegan peluk itu dan saya betul-betul rasa bersalah kepada mereka yang bersusah payah memangkah nama saya.“Tetapi peminat seusia mungkin menganggap perkara itu biasa. Ada juga rakan-rakan menghantar SMS menyatakan mereka tidak menganggap isu itu sesuatu yang besar. Bahkan ada juga nombor yang saya tidak kenali menyatakan mereka suka melihat kami berdua,” kata Nabil yang masih sempat berseloroh.Nabil yang berjanji tidak akan mengulangi kesilapan serupa berharap peminat akan terus memberinya ruang dan peluang. Masih sempat berlawak walaupun dirinya ditimpa kontroversi, kata anak muda itu, jika peminat mahu melihat sama ada dia akan mengulangi perkara sama atau tidak, mereka harus mengundinya lagi tahun depan.“Debaran yang saya rasakan malam itu 17 kali ganda lebih hebat daripada Raja Lawak. Mungkin sebab itu saya tidak sedar dengan tindak-tanduk saya, termasuklah terlupa mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur iaitu Berita Harian serta rakan-rakan wartawan yang selama ini banyak menyokong kerjaya saya.“Saya berterima kasih kepada media kerana menyokong dan sentiasa positif dengan tulisan mereka terhadap saya. Saya juga berterima kasih kepada peminat, saya tidak sangka walaupun baru setahun dalam industri ini, saya sudah mendapat kepercayaan mereka. Peminat sekarang ternyata lebih bijak menilai antara bakat dan juga rupa seseorang artis,” katanya.

Friday, April 24, 2009

Mutiara kata untuk pedoman (1)

Bukti akal fikiran seseorang ialah perbuatannya, dan bukti ilmunya ialah ucapannya.Berdiam diri adalah unsur terbesar untuk membentuk perkara-perkara besar.Janganlah berputus asa. Tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan putus asa, berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa.Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah ramai kapal karam didalamnya..andai muatan kita adalah iman,dan layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.Dalam masyarakat manusia ada binatang jalang tetapi dalam masyarakat binatang tidak ada satu pun manusia jalang -Aristotle

Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada disisimu ketika kamu memerlukan sokongan walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yang lebih menyeronokkan.

Hati yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya.

Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang di sekelilingmu tersenyum.Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang di sekelilingmu menangis.

Tanda-tanda orang yang budiman ialah dia akan berasa gembira jika dapat berbuat kebaikan kepada orang lain, dan dia akan berasa malu jika menerima kebaikan daripada orang lain.

Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat -Khalifah Abdul Malik Marwan

Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang -Hamka

Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang. Tapi pandanglah semua itu ke depan, pandanglah masa depan kita.Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah.

Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan.

Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya.Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya -Voltaire

Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan.

Hari ini bila ia datang, jangan biarkan ia berlalu pergi. Esok kalau ia masih bertandang, jangan harap ia akan datang kembali

Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang -Anonim

Orang cerdik yang mengenal dunia, terungkap baginya musuh yang berbaju kawan.

Pengumpul harta belum tentu memanfaatkannya, dan yang memanfaatkan harta belum tentu yang mengumpulkannya.

Sesuatu yang baik, belum tentu benar. Sesuatu yang benar, belum tentu baik. Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga. Sesuatu yang berharga/berguna, belum tentu bagus.Jangan abaikan permintaan orang, kalau tidak mahu permintaan kamu diabaikan orang.

Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya. Kalau tidak bersendi, runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat.

Orang yang terhormat itu kehormatannya sendiri melarangnya berbuat jahat. -Pepatah Arab

Mutiara kata untuk pedoman (2)

Mutiara kata atau kata-kata nasihat adalah penting kita semua. Kata-kata yang bermanfaat ini dapat menjadi sumber inspirasi dalam kehidupan kita samada rumah tangga, percintaan, pekerjaan, dan pergaulan sehari-hari. Jadi ambillah kata ini sebagai kata semangat untuk kehidupan harian kita. Agar ia dapat menghiburkan serta memotivasikan diri sendiri..


Imam Ali berkata, “Allah menyayangi orang-orang yang mengetahui kadar dirinya dan tidak melewati batas perjalanannya; menjaga lisannya dan tidak mensia-siakan umurnya”.

Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan

Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau - Saidina Umar Al-Khattab

Diam adalah suatu hikmah, tetapi sedikit sekali pelakunya.

Ketika kamu lahir, kamu menangis dan orang di sekelilingmu tersenyum.Jalanilah kehidupanmu sehingga nanti, ketika kamu mati, kamu tersenyum dan orang di sekelilingmu menangis.

Adab dan akhlak adalah ibarat pokok dan kemasyhuran adalah seperti bayang-bayang. Tetapi malangnya, kebiasaan orang lebih melihat bayang-bayang daripada pokoknya.

Kata kata yang sering diucap biarlah selari dengan apa yang dirasakan kerna selalunya apa yang terungkap tidak sama seperti apa yang diungkap

Rasulullah bersabda bermaksud: “Berbahagialah hidup di dunia bagi orang yang mengumpul kebajikan untuk bekalan hari akhiratnya, sehingga dia memperoleh reda Tuhannya. Dan celakalah hidup di dunia bagi orang yang dipengaruhi oleh dunia, hingga dia terhalang daripada (mengerjakan) amalan untuk akhiratnya, dan lalai untuk memperoleh reda Tuhannya.” Hadis riwayat al-Hakim.

Lebih baik menjadi pendengar yang bijak daripada menjadi pemerhati yang kaku dan tidak tahu apa-apa.

Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma.

Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.~ Albert Camus

Harta tidak akan berkurang kerana sedekah dan melakukan amal.

Sahabat sejati umpama pohon rendang tempat kita berteduh.

Manusia biasanya lebih menghargai sesuatu yang sukar diperoleh tetapi sering melupakan nikmat yang telah tersedia.

Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.

Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.

Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik.

Manusia tidak perlu dihukum kerana lupa, tetapi manusia perlu dihukum kerana sengaja lupa.

Barangsiapa mempertimbangkan keselamatan dalam tindakannya, maka tenanglah batinnya.

Jangan tertarik kepada seseorang karena parasnya sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya karena kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, karena hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah. Semoga kamu menemukan orang seperti itu.

Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang. - Cecil B. DeMille

Yang benar tetap benar,yang salah tetap salah.Kaya dan miskin di hadapan keadilan adalah sama.

Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan
Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia wajib menaruh perasaan malu akan dirinya terlebih dahulu ~ Aflatun

Jambatan menjadi penghubung antara dua buah kampung, perkahwinan menjadi penghubung antara dua insan dan anak menjadi penghubung antara ibu dan ayah

Tiada manusia yang bergembira sepanjang masa tetapi ianya bukanlah suatu alasan untuk hidup sengsara

Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang besar.
Kemahiran dan ilmu semakin diguna semakin banyak.

Apabila sempuran akal, kurang perkataan. - Saidina Ali Abi Talib

Setiap hari kita adalah manusia yang berbeza. Semalam kanak-kanak. Hari ini remaja. Dan esok, hari tua. Semuanya menjadikan kita dan masa sungguh bermakna…

Jaga-jagalah bergurau, kerana ia membawa kepada keburukan dan menimbulkan rasa dendam.

Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

Jika anda menyayangi seseorang itu kerana Allah, maka janganlah bertengkar dan berbalah dengannya, janganlah menanyakan sesiapa tentangnya, kerana orang yang ditanya itu mungkin memberitahu anda perkara yang mengelirukan yang boleh menghalang perhubungan anda dengan orang itu.

“rezeki.. ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha & tawakkal”

Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. apa yang dapat difikirkan menentukan apa yang akan dicapai.

Bukti yang paling jelas tentang ketajaman akal fikiran seseorang ialah apabila ia dapat mempernyatakan apa yang ia mahu dengan secara ringkas.

Orang yang terakhir tertawanya, tentu lebih banyak tertawa.

Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan

Apakah diharapkan hujan tanpa awan.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya, “Setiap mata akan menangis pada hari kiamat kecuali mata yang menutup dari melihat sesuatu yang haram, mata yang berjalan malam dalam jihad pada jalan Allah dan mata yang menitiskan air mata sekali pun sebesar kepala lalat kerana takutkan Allah.” (H.R Abu Naim)

~.:aYaT tErSiRaT peReMPuAn:.~

Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?

Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!

Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.


Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.

Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi..Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.

Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla...Makna tersembunyi: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you la... Rasa macam nak jadi awek you je.

Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?Makna tersembunyi:
Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.

Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban.Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.

Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil.Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu

Wednesday, April 22, 2009

Semua kawan-kawanku





















Nie semua kawan2ku dari dulu hingga skunk....
Ruffey---ahakcekenak-sonache...
(archemist*dragon/white*fang(@K))

Tuesday, April 21, 2009

SMK Seksyen 24, Shah Alam pencetus kehidupanku





kami berdua bekas pelajar SMKS 24, yang ini kawan baikku, (mohd khairil idzhar-herry/achik).... and dengar lah sajak saya nie..



SMKS 24,
tinggallah kenangan,
persinggahanku ini sampai disini sahaja,
meskipun belum puas kumencari ilmu,
meskipun belum puas kumencari kehidupan...

SMKS 24,
kini tibalah masanya unttuk kita berpisah,
pejam celik,
sedah 5 tahun kita bersama,
berlalu pergi begitu sahaja,
belum cukup yang kupelajari,
belum cukup yang kulalui...

SMKS 24,
banyak kenangan manis yang timbul,
banyak kenangan pahit yang muncul,
tetapi yang berlalu kubiarkan pergi,
kujadikan semua sebuah memori...

SMKS 24,
akan kusemadikan dirimu dalam hatiku,
akan kupahat namamu dalam sanubariku,
supaya kenangan kita bersama,
tidak lapuk ditelan masa,
berkekalan hingga keakhir zaman...

SMKS 24,
jasa pendidik dan penerajumu,
akan kuingat selama hidupku,
akan kusemat keseluruh jiwaku,
SMKS 24 yang memberikanku,
serba sedikit erti kehidupan...

TERIMA KASIH CIKGU...
TERIMA KASIH SMKS 24....

RUFFEY---AHAK CEKENAK-SONACHE...( ARCHEMIST*DRAGON/WHTE*FANG(@k) )


we'll dari SMKS 24.... (kenangan semua bekas
pelajar SMKS 24, Shah Alam, Selangor)






sekolah kesayanganku yang kusanjung tinggi (SMK SEKSYEN 24(1), SHAH ALAM, SELANGOR)



Lokasi
sekolah menengah seksyen 24 terletak dikawasan penempatan perumahan seksyen 24, Shah Alam...

Tenaga pengajar
sekolah ini dibuka pada 1 Disember 1993 dengan 41 orang tenaga pengajar, pengetua pertama ialah Pn.Normah Mohamed..

Pembiayaan
pembiayaannya adalah di bawah biayaan Bank Dunia(World Bank) dengan jumlah biayaan sebanyak RM 4 Juta...

Kelengkapan
dibahagikan kepada 4 blok setinggi 3 tingkat setiap satunya... blok A dinamakan Anggerik, blok B - Bakawali, blok C - Cempaka dan blok D - Dahlia..
sekolah ini dilengkapi dengan 32 bilik darjah, dewan besar, rumah hijau, bengkel kemahiran hidup, bilik seni, makmal sains, bilik sejarah, bilik geografi, pusat sumber(bilik tayangan & perpustakaan), bilik gerakan, bilik kaunseling, bilik lukisan kejuruteraan, dan bengkel kejuruteraan...
disamping itu, sekolah ini juga dilegkapi dengan bilik skim pinjaman buku teks(SPBT), bilik komputer, koperasi sekolah, kedai buku, bilik pengawas, bilik rawatan, stor sukan, dan surau...

Pelajar dan Tenaga pelajar
Pada tahun pertama sekolah ini dibuka (1993/1994), sekolah ini menampung murid2 peralihan hingga tingkatan 2.. sekolah ini jga pernah menempatkan pelajar2 dari 3 buah sekolah berhampiran yang menumpang sementara menanti bangunan sekolah mereka disiapkan iaitu smk seksyen 19, sm taman sri muda, dan smk alam megah...
mulai awl tahun 1996, pelajar smk seksyen 24(1) dibahagi kepada dua sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang...
pada jun 1 2003, dengan pembukaan smk seksyen 24(2), sebahagian guru dan pelajar ditempatkan ke sekolah jiran... mulai tahun itu, bilangan pelajar sekolah semakin kecil...
oleh itu, mulai sesi persekolahan 2006, smks 24 kembali menjalankan persekolahan satu sesi dengan bilangan pelajar seramai 850 orang....
pada tahun 1998, smks 24 mencapai taraf sekolah gred A dengan bilangan pelajar melebihi 1000 orang... guru2 kanan mata pelajaran telah dilantik. jawatan Penolong kanan kokurikulum juga telah dipenuhi pada 1.6.2003.

pencapaian Peperiksaan
Sekolah ini telah melahirkan lulusan pertama Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada tahun 1995 dengan pencapaian 98%... seramai 268 pelajar telah menduduki peperiksaan sulung sekolah ini... Manakala pada tahun 1996 sejarah sekolah kembali terukir dengan kelahiran sulung lulusan Sijil Pelajaran Malaysia... seramai 78 orang calon telah menduduki peperiksaan tersebut dengan kelulusan 64.98%....

Erm..... inilah sejarah sekolahku yang tercinta....
sentiasalah ingat sekolah anda coz disana lah anda blajar banyak benda.... Hope u'll enjoy.... aku(ruffey---2002 to 2006 di smk seksyen 24)--- 1I, 2C, 3A, 4TK & 5TK.... all tk'rew the best....
erm.... nilah cikgu2 yang tercinta di SMKS 24

penantian kehidupan yang sempurna


carilah kehidupan agar diri bertemu dengan jati diri yang dibentuk menjadi murni... hidup akan bererti jika diri penuh dengan pengalaman diri... kehidupan yang sempurna bermula dari pengalaman yang dilalui dan pengalaman itu adakalanya bermula dari sesuatu kegagalan... realiti kehidupan, setiap insan akan merasa kecewa jika kegagalan menghampiri mereka tetapi kita perlu sedar dan bangkit untuk terus pandang positif dari sesuatu kegagalanpasti akan membentuk kehidupan yang mungkin berjaya jika kita terus berusaha... penantian kehidupan yang sempurna tidak akan mengambil masa yang lama jika diri sentiasa positif dalam apa jua keadaan dan sifat "geramji" segera dikikis dalam diri... musuh bagi diri adalah diri kita sendiri... oleh kita perlu bentuk diri kita sendiri agar diri punya jati diri murni.. "jujur pada diri membentuk peribadi murni"... jujur lah pada diri anda sendiri...
assalamualaikum dan salam hormat.....
ahak cekenak........ sonache.......