Wednesday, May 13, 2009

SMK Seksyen 24 peneraju hidupku


SMKS 24,
tinggallah kenangan,
persinggahanku ini sampai disini sahaja,
meskipun belum puas kumencari ilmu,
meskipun belum puas kumencari kehidupan...

SMKS 24,
kini tibalah masanya untuk kita berpisah,
pejam celik,sudah 5 tahun kita bersama,
berlalu pergi begitu sahaja,

belum cukup yang kupelajari,
belum cukup yang kulalui...

SMKS 24,
banyak kenangan manis yang timbul,
banyak kenangan pahit yang muncul,
tetapi yang berlalu kubiarkan pergi,
kujadikan semua sebuah memori...

SMKS 24,
akan kusemadikan dirimu dalam hatiku,
akan kupahat namamu dalam sanubariku,
supaya kenangan kita bersama,
tidak lapuk ditelan masa,
berkekalan hingga keakhir zaman...

SMKS 24,
jasa pendidik dan penerajumu,
akan kuingat selama hidupku,
akan kusemat keseluruh jiwaku,
SMKS 24 yang memberikanku,
serba sedikit erti kehidupan...

TERIMA KASIH CIKGU...
TERIMA KASIH SMKS 24....
RUFFEY---AHAK CEKENAK-SONACHE...
ARCHEMIST*DRAGON/WHTE*FANG(@k)

Penantian hidup yang sempurna


carilah kehidupan agar diri bertemu dengan jati diri yang dibentuk menjadi murni... hidup akan bererti jika diri penuh dengan pengalaman diri... kehidupan yang sempurna bermula dari pengalaman yang dilalui dan pengalaman itu adakalanya bermula dari sesuatu kegagalan... realiti kehidupan, setiap insan akan merasa kecewa jika kegagalan menghampiri mereka tetapi kita perlu sedar dan bangkit untuk terus pandang positif dari sesuatu kegagalanpasti akan membentuk kehidupan yang mungkin berjaya jika kita terus berusaha... penantian kehidupan yang sempurna tidak akan mengambil masa yang lama jika diri sentiasa positif dalam apa jua keadaan dan sifat "geramji" segera dikikis dalam diri... musuh bagi diri adalah diri kita sendiri... oleh kita perlu bentuk diri kita sendiri agar diri punya jati diri murni.. "jujur pada diri membentuk peribadi murni"... jujur lah pada diri anda sendiri... assalamualaikum dan salam hormat..... ahak cekenak........ sonache.......

Wednesday, May 6, 2009

TUGU NEGARA


Tugu Peringatan Negara atau juga dikenali sebagai Tugu Negara Malaysia disiapkan 8 Februari 1966 sebagai penghormatan kepada lebih 11 ribu perajurit yang gugur jasa-jasa pahlawan yang gugur dalam Perang Dunia I (1914-1918), Perang Dunia II (1935-1942) dan semasa Darurat (1948-1960). Ia terletak di ibu negara, Kuala Lumpur berhampiran dengan bangunan Parlimen.
Pada setiap tahun, 11 November, satu perbarisan hormat akan diadakan di Tugu Negara. Tugu tersebut menggambarkan sekumpulan tentera mengibar bendera negara,
Jalur Gemilang. Setiap patung gangsa tersebut melambangkan pimpinan, getir, persatuan, siap sedia, kekuatan, keberanian, dan pengorbanan.
Dibina pada tahun
1966, tugu tersebut berdiri setinggi 15 meter, diperbuat daripada gangsa dan direka oleh pengukir Austria, Felix de Weldon yang bertanggung jawab bagi Tugu Peringatan Perang USMC (USMC War Memorial) di Virginia, Amerika Syarikat.

Sejarah

Tugu Negara terawal merupakan tiang konkrit yang terletak di Jalan Tugu berhampiran bulatan di hadapan Stesyen Kereta api Kuala Lumpur, bersebelahan Masjid Negara. Ia didirikan oleh Pentadbir British bagi memperingati peperangan dan perwira yang terkorban. Kini hanya asasnya tanah seluas 10 meter persegi yang tinggal.
Kompleks Tugu Negara yang ada kini di kawasan Taman Tasik dibuka pada 8 Februari 1966. Ia memasukkan Taman Peringatan sebagai lambang penghormatan negara kepada perwira yang mengorbankan jiwa mereka bagi menjaga keamanan negara
Malaysia. Tiang asal dialih ke Kompleks Tugu Negara kini dan padanya tercatat tarikh tragedi kemanusiaan: Perang Dunia I (1914-1918), Perang Dunia II (1939-1945) dan Darurat (1948-1960).

komunis letup Tugu Negara

Oleh kerana bencikan kerajaan, ingin melumpuhkan agenda mewujudkan keamanan dan cintakan negara di kalangan rakyat, pengganas komunis bertindak mengebom Tugu Negara pada 26 Ogos 1975. Kejadian itu berlaku kira-kira jam 5 pagi yang memusnahkan satu patung besar serta dua kepala patung yang jatuh dari kedudukan asal. Pihak berkuasa percaya letupan itu dilakukan Barisan Pembebasan Kebangsaan Malaya (MNLF).
Antara penduduk yang mendengar letupan itu adalah
Tunku Abdul Rahman yang tinggal berhampiran. Unit Pemusnah Bom Polis menemui dua butir bom yang belum meletup di tempat kejadian serta kesan darah dipercayai milik pengganas yang cedera, tetapi masih sempat melarikan diri. Sebaik sahaja letupan itu berlaku, polis terserempak dengan dua orang dipercayai komunis menaiki motosikal tanpa memakai topi keledar dalam keadaan mencurigakan di simpang Jalan Traves dan Jalan Bangsar, Kuala Lumpur.
Ia kini telah dipulihkan pada keadaan asal.

Wednesday, April 29, 2009

Karpal Singh didakwa hina Sultan Azlan


KUALA LUMPUR, March 17 -Pengerusi DAP, Karpal Singh telah didakwa pagi ini dengan hasutan kerana mengatakan pemecatan Datuk Seri Nizar Jamaluddin’s sebagai Menteri Besar Perak oleh Sultan Azlan Shah boleh dipertikaikan di mahkamah.

Peguam-politikus veteran tersebut didakwa di Mahkamah Sesyen oleh Hakim Mohamad Sekeri Mamat dibawah Section 4(1)(b) of the Sedition Act 1946.

Seawal sebelum pendakwaan, Karpal memberitahu kepada kalangan pemberita bahawa dakwaan tersebut “obviously politically motivated” (terang-terangan bermotifkan politik)’.


Beliau juga mengkritik Akta Hasutan yang digelarnya akta kuno/ketinggalan zaman, yang mana menghalang para ahli parlimen menyuarakan pendapat.

Karpal juga menegaskan bahawa komen beliau berkenaan masalah Perlembagaan Perak adalah krisis asas yang diajar di sekolah undang-undang.

“Bukannya saya ingin menyaman Sultan. Saya tidak mempunyai kuasa itu.Tetapi Sultan boleh disaman dalam kapasiti peribadi.”

Pengerusi DAP itu juga berkata beliau tidak bimbang mengenai dakwaan tersebut kerana telah pernah didakwa atas perkara sama dan dibebaskan.

Karpal mewakili dirinya sendiri di mahkamah.

dipetik/alihbahasa dari malaysiainsider

PRDM guna 25 buah EVO X



KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam menampilkan sebanyak 25 buah kereta peronda berprestasi tinggi jenis Mitsubishi Evolution X (Evo-10) yang bakal digunakan oleh anggota polis dalam usaha mempertingkatkan keupayaan tugas-tugas rondaan.



Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, kereta baru itu bertujuan untuk mempertingkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan yang lebih berkualiti serta membolehkan pasukan polis sampai ke kawasan kejadian jenayah dengan lebih pantas.

“Pemerolehan aset-aset ini bertujuan untuk kegunaan pencegahan dan pembanterasan jenayah, penyeludupan dan risikan maklumat.

“Selain itu, ia juga bertujuan mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan yang lebih berkualiti kepada masyarakat serta menunjukkan kehadiran polis di kawasan yang cenderung berlaku kejadian jenayah,” katanya dalam Perutusan Khas Ketua Polis Negara sempena sambutan Peringatan Hari Polis ke-202 di sini semalam.

Kereta peronda berkuasa tinggi yang baru dilancarkan itu dilengkapi dengan enjin serba baru iaitu enjin aluminium 4B11T 2.0 L turbo dengan transmisi manual lima kelajuan

petikan dari kosmo online...
motosikal peronda baru jenis Honda ST 1300.

Haram duit hasil ‘lakonan pondan’!...

KUALA LUMPUR: “Matlamat tidak boleh menghalalkan cara. Apabila ia haram, ia tetap tidak boleh dilakukan walaupun dengan alasan untuk kebaikan,” kata Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut, mengenai semakin ramai pengarah serta penerbit filem dan drama berlumba-lumba menghasilkan filem homoseksual berkisar kehidupan pondan dan lesbian.
Noh berkata, dalam Islam, hukum itu jelas menyebut setiap lelaki tidak boleh menyerupai perempuan serta sebaliknya perempuan tidak boleh menyerupai lelaki berikutan hukumnya haram serta dilaknat Allah.
Justeru katanya, setiap perbuatan, perlakuan yang menyerupai mana-mana sifat yang bertentangan dengan kejadian asal ciptaan Tuhan tidak boleh di pertonton serta ditunjukkan kepada umum.
“Jika mereka ingin menyampaikan mesej yang baik, banyak lagi cara boleh dilakukan, bukan dengan melanggar hukum Allah.
“Dalam Islam sendiri sudah jelas jika perkara itu haram, maka ia tidak boleh dilakukan dan tetap berdosa walaupun dengan alasan untuk kebaikan.
“Ini boleh kita umpamakan dengan watak Robin Hood yang mencuri untuk disedekahkan kepada orang susah sedangkan perbuatan itu memang salah dan berdosa. Jadi segala hasil yang diperoleh adalah haram,” katanya.
Menurutnya, semua pihak harus memainkan peranan mengenai perkara ini kerana jika dibiar berterusan, ia boleh menggalakkan orang ramai khususnya remaja berjiwa lembut terjerumus dalam kancah golongan pondan.
Katanya, pihak penerbit, pengarah, pelakon serta penapis filem perlu mempunyai pengetahuan agama berkaitan perkara membabitkan hukum Islam kerana jika ia tidak dibendung akan menyebabkan permasalahan sosial semakin berleluasa.
“Orang ramai terutama yang beragama Islam harus tahu serta mempunyai pegangan agama mengenai perkara ini kerana jika ia dilakukan untuk mengaut keuntungan, pendapatan yang diperoleh itu adalah haram.
“Semua pihak termasuk ibu bapa harus mencegah perkara ini kerana jika ia tidak dibendung, ia mungkin menggalakkan ramai lagi remaja terjerumus ke kancah itu,” katanya.
Harian Metro, Isnin lalu melaporkan mengenai drama ‘Donut’ karya terbaru produksi milik pelakon, pengarah serta penerbit, Sheila Rusly yang menampilkan kisah homoseksual dengan pelakon utamanya memegang watak pondan lengkap berpakaian wanita.
Drama yang bakal di tayang menerusi slot Astro Ria, menampilkan pelakon Norman Hakim, sebagai Zee menjalinkan hubungan cinta dengan seorang lagi watak utama, Shakir lakonan Fizz Fairuz.
Selain itu, drama Mabuk Estrogen yang turut menampilkan Fizz Fairuz dan Roslan Shah juga bakal menimbulkan kontroversi kerana didakwa menampilkan adegan ‘bercium’ antara dua pelakon lelaki utamanya itu.

petikan metro online

Foto Terbaru Proton MPV Exora


Foto terbaru Proton MPV Exora.Ianya akan dilancarkan pada 15 April 2009. MPV dari syarikat PROTON ini akan bersaing dengan model mpv dari syarikat Naza (Citra), Nissan (Grand Livina), Toyota (Avanza) dan juga model terbaru bakal dikeluarkan oleh Perodua.